Beriani best dalam Selangor sekarang di Puchong, franchais dari JM Bariani House, yang sekarang mempunyai rangkaian 16 cawangan, dengan menu utama Nasi Beriani Melayu Johor. Buat masa sekarang, JM Bariani House menghidangkan beriani terbanyak di Lembah Kelang, Selangor.
Menu JM Beriani House Puchong
(Klik untuk gambar besar)
Beriani Gam:
Beriani Gam dimasak dengan Beras Basmathi panjang & daging sekali didalam periuk yang sama. Kaedah ini menghasilkan nasi beriani yang berasa daging, lembut dan enak. Resepi istimewa ini dihidang pada setiap hari Rabu ( Ayam), dan Sabtu (Kambing).
Nasi Beriani:
Beriani JM yang lazat ini adalah hasil cipta JM yang di reka suai dari recipe beriani Johor. Recipe beriani Johor pada asalnya dibawa dari Negara Timur Tengah. JM menggunakan beras Basmathi untuk menyerlahkan aroma dan juga penyerapan bahan rencah kedalam beras Basmathi adalah terbaik berbanding beras2 yang lain. Recipe menggunakan bahan rencah tempatan dan import dengan kaedah masakan tersendiri, menghasilkan nasi beriani yang sederhana rempahnya, sesuai untuk setiap individu dan paling disukai oleh kanak-kanak.
Lauk beriani; Ayam, Kambing & Daging beriani :
Lauk2 Ayam, Kambing dan daging dimasak sehingga lembut didalam rencah beriani supaya sesuai dan tidak bersaing dengan rasa nasi beriani, malah mengiringi kelazatan nasi nya.. Lauk2 ini berasa lembut tetapi menyimpan 'manis daging' didalam supaya terasa keenakan lauk. Sangat sesuai kepada setiap pelanggan.
Ramai pelanggan mendapati lauk pauk JM sangat sedap, rempahnya menaikkan rasa lauk dan tidak menindas keenakkan rasa asli daging nya.
Restoran JM Bariani House Puchong berkonsep moden, berhawa dingin, bersofa & sesuai untuk keluarga yang beranak kecil juga sesuai untuk menjamu tetamu koperat. WiFi disediakan dan Visa & Mastercard diterima.
JM Bariani House Puchong di IOI Boulevard terletak menghadap ke belakang, Jalan Kenari 8.
JM Bariani House Puchong
(Saji Pujian Sdn Bhd)
G25, IOI Boulevard,
Jalan Kenari 5,
Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
+603 8076 7269
+012 2005681 (sms)
jmboulevardpuchong@gmail.com
Location Guide
(click to enlarge)